Thursday, August 30, 2007

HARI KEBANGSAAN KE 50


MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Selamat menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke 50. Malam tadi di Dataran Merdeka, lebih 200,000 rakyat melaungkan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali sebaik Jalur Gemilang dikibarkan.

Dan pagi ini acara yang sama akan diadakan diseluruh negara.

Sempena menyambut hari kemerdekaan ini sebuah sekolah menengah di Jelebu menjemput saya untuk berucap mengenai “Sejarah kemerdekaan Negara” di dalam satu perhimpunan yang akan dihadiri lebih 800 pelajar dan 50 guru sekolah tersebut.

Sempena acara itu saya mengambil kesempatan membawa novel-novel sejarah. Menurut salah seorang guru pusat sumber pihak sekolah berminat membeli novel-novel sejarah yang saya hasilkan itu untuk perpustakaan sekolah tersebut.

Alhamdulillah.

Namun berdebar juga rasanya kerana inilah kali pertama diminta berucap di depan pelajar sekolah menengah dan guru yang melebihi 800 orang. Semoga saya mampu melakukannya dengan baik. InsyaAllah.

Sempena cuti Hari Kebangsaan ini, ramai yang membawa keluarga bercuti. Pastinya hotel-hotel di Kuala Lumpur dan di kawasan Bandar seluruh negara penuh.

Esok (Sabtu 1hb) saya membawa keluarga bercuti ke Cameron Highland. Saya pernah ke sana kira-kita 15 tahun yang lalu. Dan kini ingin berkunjung ke sana sekali lagi bersama isteri dan anak-anak.

Selamat menyambut hari kebangsaan dan selamat bercuti.

Senang dalam Pembinaan

Harap maaf! Laman karya terbaru Abdul Latip Talib sedang dalam pembinaan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sila berkunjung semula sedikit masa lagi.
.